Mahkamah Israel Jatuhkan Hukuman Penjara Kepada Sembilan Orang Penduduk Baitulmaqdis

Rabu, 15-09-2021 – Mahkamah daerah Israel di Baitulmaqdis Yang Diduduki telah menjatuhkan hukuman penjara kepada sembilan orang warga Baitulmaqdis dan melanjutkan penahanan yang lain.

Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, tujuh tahanan telah menerima hukuman penjara yang berbeza, antara dua hingga 42 bulan.

Hukuman penjara dijatuhkan kepada tujuh orang yang ditahan. Mereka adalah Hatem Jaradat, 42 bulan, Majd Mustafa, 28 bulan, Majd al-Waari, 28 bulan, Nouruddin Obeid, 20 bulan, Amjad al-Waari, 28 bulan, Anwer Obeid, 20 bulan dan Adem Mahmoud, 20 bulan. Manakala dua yang lain didakwa kerana melanggar perintah mahkamah yang telah mengusir mereka dari Baitulmaqdis.

Dua lagi tahanan muda yang dikenali sebagai Nadim Zahra dan Fayez Muhaisen menerima hukuman penjara empat bulan tergantung selama dua tahun.

Mahkamah yang sama melanjutkan penahanan seorang pemuda Baitulmaqdis dari kawasan Sheikh Jarrah hingga 19 September 2021. Dia diculik dari rumahnya oleh pasukan polis pada 10 Ogos.

Ia juga melanjutkan penahanan seorang pemuda Baitulmaqdis bernama Nour ash-Shalabi hingga hari ini (13 September) dan seorang yang lain Omar ash-Shalludi hingga hari Ahad berikutnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul