14 kematian dan 2,699 kes baru di corona di Palestin dalam tempoh 24 jam

Rabu, 15-09-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin melaporkan 14 kematian baru berkaitan COVID-19 (coronavirus), 2,699 kes positif baru dan 1,465 kesembuhan di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitulmuqaddis dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan harian kementerian, enam mangsa yang meninggal akibat virus adalah dari Tebing Barat dan lapan lagi dari Gaza.  

73 pesakit kritikal COVID-19 turut menerima rawatan rapi di hospital dan 15 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati