Pendatang Yahudi memaksa para penanam zaitun untuk meninggalkan kebun dengan bersenjata

Rabu, 13-10-2021 – Segerombolan pendatang Yahudi bersenjata pada pagi Sabtu menghalang petani Palestin untuk memetik buah zaitun dari kebun mereka di kampung Burin, di selatan Nablus di Tebing Barat yang dijajah.

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas mengatakan bahawa pendatang Yahudi yang bekerja sebagai penjaga di penempatan haram Yitzhar mengacukan senjata mereka ke petani Burin ketika mereka mengumpulkan zaitun dari kebun mereka sendiri dan memaksa mereka untuk meninggalkan kawasan itu.

Penuaian zaitun adalah kegiatan ekonomi, sosial dan budaya utama bagi rakyat Palestin. Oleh itu pendatang Yahudi tidak membiarkan satu tahun berlalu tanpa menyerang petani Palestin dan harta benda mereka – menganiaya mereka, menyekat akses mereka ke kebun zaitun mereka sendiri, mencuri tanaman, dan merosakkan atau membakar pokok dan peralatan pertanian dan lain-lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada