Jumaat, 01/08/2008 –Pergerakan Hamas pada Khamis lalu memberi amaran tentang kesan peningkatan tangkapan ke atas kadernya dan penyokongnya di Tebing Barat oleh pihak keselamatan PA yang setia dengan Presiden PA Mahmoud Abbas.
Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas di Gaza, menyatakan di dalam kenyataan akhbarnya bahawa pihak keselamatan PA telah menangkap 44 orang rakyat Palestin dari bandar Nablus sahaja. Beliau menegaskan bahawa penangkapan itu difokuskan ke atas ahli akademik dan mahasiswa, termasuk seorang pemimpin politik Hamas, Dr Mohammed Ghazal.