Jumaat, 01/08/2008 –
Seorang pemuda Palestin diisytiharkan meninggal dunia di sebuah hospital kerajaan Ramallah selepas dia ditembak di kepala oleh seorang pengawal sempadan Israel di kampung Na’lin, barat Ramallah pada waktu tengahari Rabu lalu.
Sumber tempatan berkata Yousef Omaira telah mengambil bahagian dalam perarakan pengebumian Ahmed Omaira berumur 9 tahun, yang dibunuh oleh penembak curi Israel semasa bantahan anti penghadang tembok di kampung tersebut beberapa hari lalu.
Saksi-saksi berkata askar tersebut menembak para pendemonstrasi yang mengikuti perarakan pengebumian melalui jarak dekat dengan dua peluru di kepala Yousef.