Categories
Berita Semasa

Gerakan Tahanan Palestin Mengembalikan Makan Tengahari dan Malam

Rabu, 10-11-2021 – Gerakan Tahanan Palestin di semua penjara Israel mengumumkan bahawa hari ini mereka akan mengembalikan makan tengahari dan makan malam, untuk menyokong para tahanan yang mogok lapar.

Penasihat media untuk Jawatankuasa Urusan Tawanan dan Bekas Tahanan, Hassan Abd Rabbuh menegaskan bahawa keputusan gerakan tahanan bertujuan untuk menyokong enam tahanan yang mogok lapar, dalam usaha penolakan penahanan administratif mereka.

Beliau menambah bahawa tahanan yang berterusan mogok lapar adalah Kayed Al-Fasfus yang telah mogok selama (116 hari), Miqdad Al-Qawasmeh (109 hari), Alaa Al-Araj (92 hari), Hisham Abu Hawash (82 hari), Louay Al-Ashkar (28 hari), dan Ayyad Al-Harimi (46 hari). Tindakan ini telah menjadi ancaman serius bagi hayat mereka dalam usaha mengingati kekejaman penjajahan dan penolakannya untuk mengakhiri penahanan administratif mereka.

Patut dicatat bahawa tahanan Rateb Hrebat telah melakukan mogok lapar selama 30 hari sebagai solidariti terhadap enam tahanan.

Enam tahanan melanjutkan mogok lapar terbuka di penjara penjajah Israel sebagai penolakan penahanan administratif mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman