
Rabu, 10-11-2021 – Pergerakan Hamas mengalu-alukan undian memberangsangkan yang memihak kepada resolusi PBB yang menyokong hak rakyat Palestin untuk mentadbir sendiri negara mereka dan menyeru supaya menamatkan penjajahan Israel.
Resolusi Perhimpunan Agung PBB berkenaan hak rakyat Palestin untuk mentadbir sendiri telah diluluskan pada hari Jumaat dengan rekod undian 158 negara yang menyokong dan enam yang menentang (AS, Israel, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Palau) dan sepuluh tidak hadir (Australia, Cameroon, Guatemala, Honduras, Kiribati, Papua New Guinea, Rwanda, Kepulauan Solomon, Togo, Tonga).
Dalam satu kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Hazem Qasem menghargai kedudukan negara-negara yang menyokong resolusi itu dengan undi majoriti yang besar, menegaskan bahawa sokongan tersebut membuktikan lagi pengasingan pentadbiran AS yang “berkeras untuk menentang hak Palestin dan kehendak antarabangsa.”
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan