Rabu, 06/08/2008 –Tentera rejim Israel telah menculik jurnalis Palestin, Muaz Mishaal, 24, dari rumahnya di pekan Silwad barat laut bandar Ramallah, pada lewat tengah malam Ahad, lapor rakyat tempatan.
Bapa Muaz, Ziyad, 46, ahli majlis kerajaan tempatan Silwad, telah dipenjarakan di penjara Israel dan telahpun menghabiskan 6 tahun tempoh tahanan.
Rahma Hamed, isteri Ziyad, berkata bahawa tentera rejim Israel itu secara ganas memecah rumah mereka dan menakut-nakutkan ahli keluarga mereka sebelum mengambil anak lelaki mereka, Muaz.
Di bandar Nablus, sumber tempatan melaporkan bahawa tentera rejim Israel menangkap 4 orang rakyat tempatan ketika subuh hari Isnin termasuk 2 orang adik-beradik.