Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis kejam terhadap pesakit Palestin.

Rabu, 06/08/2008 –Kementerian kesihatan kerajaan sementara Palestin di Gaza mengecam kerajaan penceroboh Israel berikutan “tingkah laku tidak bermoral” mereka terhadap para pesakit Palestin serta melakukan pencabulan undang-undang antarabangsa yang mensyaratkan supaya melindungi mereka yang sakit dan cedera.


Dalam satu siaran akhbar pada Isnin lalu kementerian itu berkata Konvensyen Geneva keempat dengan jelas melarang dikenakan apa-apa tekanan terhadap orang awam bagi mendapatkan maklumat atau mengeksploitasi mereka untuk mencapai “matlamat yang tidak bernilai.

Rejim Zionis bukan sahaja menyekat rawatan bagi rakyat Palestin yang sakit dan cedera di Semenanjung Gaza tetapi juga menahan para pesakit beberapa jam di bawah panas matahari, kemudian membawa mereka ke bilik bawah tanah untuk soal siasat di lintasan Beit Hanun (Erez) untuk mengugut mereka dan memperolehi sebarang maklumat penting, “yang merupakan perkara serius bagi para pesakit”, jelas kementerian.