
Khamis, 11-11-2021 – Pertubuhan Kempen Global untuk Kembali ke Palestin (Global Campaign to Return to Palestin / GCRP) telah melancarkan kempen solidariti antarabangsa pada hari Isnin lalu sebagai menyokong tahanan Palestin di penjara Israel yang sedang melancarkan mogok lapar.
Kempen itu menggesa agar diadakan mogok lapar sehari secara beramai-ramai pada hari Selasa untuk menunjukkan sokongan kepada banduan yang sedang mogok, selepas mereka menunjukkan kemerosotan kesihatan yang serius.
Kempen itu menyeru mereka yang terlibat dalam mogok lapar sehari itu untuk berkongsi pengalaman mereka di media sosial di bawah hashtag #TheBattleOfEmptyStomach dan berkongsi gambar mereka dengan slogan “Lapar untuk Kebebasan”.
Enam banduan Palestin telah melancarkan mogok lapar untuk tempoh yang berbeza sebagai bantahan terhadap penahanan secara pentadbiran mereka.
Mereka adalah Kayed al-Fasfous, Alaa al-Araj, Miqdad al-Qawasmeh, Hisham Abu Hawash, Ayyad al-Harimi dan Louay al-Ashqar.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul