Categories
Berita Semasa

IOF menghantar arahan menghentikan kerja ke atas sembilan kediaman di Qalqilya

Khamis, 11-11-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Isnin menghantar arahan menghentikan kerja ke atas sembilan kediaman warga Palestin di selatan Qalqilya.

Menurut sumber tempatan, warga Palestin menerima notis ketenteraan mengarahkan mereka berhenti membina sembilan rumah di Arab al-Ramadin dan Abu Farda, yang terletak di belakang tembok pemisah.

Tentera rejim memberi alasan yang tindakan itu dilakukan kerana rumah-rumah itu terletak di Kawasan C di Tebing Barat yang di bawah kawalannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati