Categories
Berita Semasa

Israel Bina 400 Unit Penempatan di Baitulmaqdis Yang Diduduki

Selasa, 23-11-2021 – Sumber media Israel mendedahkan rancangan baharu untuk pembinaan 400 unit penempatan di Baitulmaqdis yang Diduduki.

Syarikat Hartanah Properties telah mula mempromosikan 400 unit rumah baharu di penempatan haram Nof Zion, tambah sumber itu pada hari Rabu lepas.

“Unit perumahan baharu menghadap pemandangan paling indah Baitulmaqdis, termasuk Bukit Zaitun dan Kota Lama,” menurut syarikat itu.

Pelan itu juga akan merangkumi hotel dan pusat komersial.

Awal bulan lalu, Israel telah mengumumkan rancangan untuk membina lebih banyak kediaman untuk peneroka Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki, dan telah mendapat kecaman serta-merta daripada rakyat Palestin, aktivis keamanan dan negara jiran Jordan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan “kebimbangan besarnya” terhadap pengumuman Israel, menekankan bahawa “semua penempatan adalah haram.”

Perluasan penempatan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang Diduduki berterusan di bawah setiap kerajaan Israel sejak 1967.

PBB secara konsisten menjelaskan bahawa ia tidak akan mengiktiraf sebarang perubahan pada sempadan pra-1967.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul