
Selasa, 23-11-2021 – Khamis pagi minggu lepas, Pejabat Informasi Tahanan mengumumkan kematian tahanan Sami Abed Al-Amour di penjara Israel akibat kelalaian pihak perubatan yang disegajakan oleh pihak penjajah.
Dalam sebuah pernyataan akhbar, Pejabat Informasi Tahanan menyatakan bahawa tahanan yang gugur syahid, Sami al-Amour, dari Deir al-Balah, Semenanjung Gaza dijatuhi hukuman 19 tahun penjara dan telah ditahan sejak 2008. Semalam, Persatuan Tahanan menyatakan penurunan serius keadaan kesihatan tahanan Sami Abed Al-Amour dan beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Soroka untuk menjalani pembedahan jantung.
Sementara itu, gerakan Pejuang Islam Hamas menganggap gugurnya tahanan Sami al-Amour di penjara Israel akibat kelalaian pihak perubatan yang disengajakan adalah kejahatan terhadap kemanusiaan dan pelanggaran terhadap semua nilai dan undang-undang antarabangsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman