Puluhan berhimpun di luar Masjid Lod untuk melindunginya daripada pendatang

Khamis, 09-12-2021 – Puluhan warga Palestin berkumpul di luar Masjid Besar Kota Lod untuk melindunginya daripada sebarang serangan oleh para pelampau pendatang Yahudi, yang menganjurkan perarakan provokasi.

Peguam dan aktivis Palestin Khaled Zabarqa berkata, perhimpunan tersebut menjadi penghalang kepada sebarang usaha pendatang untuk menyasarkan masjid atau penduduk tempatan di kota itu seperti yang telah berlaku pada kejadian bulan Mei lalu.

Zabarqa mengesahkan yang apa telah berlaku pada beberapa bulan kebelakangan di kota itu menggambarkan kemampuan warga Palestin untuk melindungi diri mereka dan mempengaruhi masa depan mereka. Beliau menambah bahawa perhimpunan-perhimpunan mampu meneutralkan ancaman dan rampasan hak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati