Rejim Zionis Robohkan Struktur Binaan Palestin di Baitulmaqdis Yang Diduduki

Selasa, 14-12-2021 – Pada hari Selalsa lalu pihak perbandaran Israel telah merobohkan tembok penahan di bandar Jabal Mukaber, selatan Baitulmaqdis yang Diduduki.

Sumber media berkata beberapa jip dan jentolak tentera Israel menyerbu kejiranan Sal’a di Jabal al-Mukaber dan mula merobohkan tembok penahan yang mengelilingi tanah pertanian milik Kayed Naim Fatafta, di bandar Jabal Mukaber.

Kesemua tanaman juga musnah semasa proses perobohan.

Pihak berkuasa rejim Zionis Israel melaksanakan pelbagai bentuk gangguan terhadap penduduk Baitulmaqdis, sebagai cara untuk memaksa mereka meninggalkan kota yang penting dari segi agama ini; untuk memudahkan rancangan untuk perluasan penempatan khas untuk penganut Yahudi sahaja.

Dalam tempoh tahun 2021 sahaja, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di wilayah Palestin yang diduduki telah mendokumentasikan perobohan 698 bangunan oleh tentera Israel, dan pengusiran 949 rakyat Palestin dari “Kawasan C” Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul