Jumaat, 15/08/2008 –Keluarga tahanan Palestin Mansour Mawkadi telah merayu pihak institusi perundangan tempatan dan antarabangsa untuk menekan Israel agar membebaskan tahanan itu atas sebab keadaan kesihatan yang tidak memuaskan dan kesakitan yang dialaminya.
Keluarga tersebut telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan bahawa Mawkadi telah ditembak di perut, usus dan pundi kencing ketika penahanannya oleh tentera rejim Israel.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa bahagian bahawa tubuhnya telah lumpuh akibat tembakan itu, dan beliau telah menjalani 5 pembedahan sukar serta kini hanya bergantung kepada ubatan untuk hidup.