Jumaat, 15/08/2008 – Sebuah akhbar Israel mendedahkan bahawa PM Ehud Olmert telah memberitahu Presiden PA Mahmoud Abbas bahawa Israel mampu menyerap 20,000 pelarian Palestin setiap tahun selama 10 tahun sebagai sebahagian daripada perjumpaan semula keluarga dengan syarat, segala isu muktamad antara kedua-dua belah pihak haruslah diselesaikan.
Akhbar Haarets, memetik sumber di Israel dan Amerika sebagai berkata bahawa berdasarkan tawaran Olmert, penyerapan itu hendaklah berasaskan suatu formula yang ditentukan lebih awal lagi.
Berdasarkan laporan akhbar tersebut, pejabat Olmert memberi respon terhadap berita itu dengan menyatakan bahawa pendirian PM Ehud adalah penubuhan sebuah negara Palestin itu bertujuan memberi penyelesaian kepada masalah pelarian Palestin.