Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Musnah Hasil Pertanian dan Ladang Anggur di Selatan Al-Khalil

Jumaat, 24-12-2021 – Pada pagi Rabu lalu rejim Zionis telah menyebabkan kacau bilau ke atas hasil pertanian serta merampas beberapa gerai buah-buahan dan sayur-sayuran serta kereta sorong milik para petani dan peniaga Palestin di selatan al-Khalil.

Menurut saksi, pekerja dari pentadbiran awam tentera Israel yang diiringi oleh sejumlah besar tentera telah menyerbu kawasan berhampiran jalan pintasan antara kem pelarian al-Fawwar dan Bandar al-Khalil dan telah memusnahkan sejumlah besar sayur-sayuran dan buah-buahan milik para petani dan peniaga tempatan.

Rejim Zionis juga merampas beberapa gerai dan kereta sorong yang digunakan untuk menjual hasil pertanian dan mengusir semua petani, penjual dan pembeli dari kawasan itu.

Sementara itu, rejim Zionis memusnahkan kawasan luas yang ditanam dengan pokok anggur berhampiran kem pelarian al-Fawwar, selatan al-Khalil.

Sumber tempatan berkata bahawa rejim Zionis turut menyebabkan kerosakan meluas pada ladang anggur milik keluarga al-Mashareqa berhampiran kem tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul