Categories
Berita Semasa

Tahanan Hamas bertindak balas terhadap keganasan di dalam penjara Israel

Jumaat, 24-12-2021 – Kepimpinan tahanan Hamas memberi amaran kepada perkhidmatan penjara Israel yang Gerakan Tahanan akan melancarkan perang yang panjang sebagai tindak balas ke atas keganasan terhadap tahanan di penjara Damon dan Nafha.

“Kami telah mempersiapkan diri untuk perang yang panjang dengan perkhidmatan penjara Israel,” Jawatankuasa Tertinggi Tahanan Hamas berkata pada Selasa.

“Maruah tahanan Wanita dan lelaki adalah keutamaan dan kami tidak membenarkan perkhidmatan penjara melanggarnya,” Jawatankuasa itu menyatakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati