Categories
Berita Semasa

Seorang warga Palestin terbunuh dalam serangan langgar lari oleh pendatang Yahudi

Isnin, 10-01-2022 – Seorang pemuda Palestin telah terbunuh pada subuh Khamis apabila seorang pendtaang Yahudi yang memandu laju melanggarnya ketika beliau berjalan ke tempat kerja.

Mangsa dikenali sebagai Mustafa Filna, 25 tahun, bapa seorang bayi berusia 16 bulan dari Kampung Safa, barat kota Ramallah.

Salah seorang saudaranya menyatakan, pada pukul 6 pagi, Mustafa sedang menyeberangi jalan apabila sebuah kereta yang dibawa laju oleh pendatang melanggarnya dan menyebabkan beliau cedera seterusnya maut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati