Jumaat, 22/08/2008 –Beratus ribu dolar wang telah digelapkan oleh akauntan-akauntan Fatah di kementerian kewangan Palestin minggu ini, menurut sumber yang boleh dipercayai di Ramallah .
Wang genting itu dilaporkan untuk dibayar kepada “guru-guru gantian” yang tidak menerima gaji mereka selama hampir dua tahun.
Sumber tersebut berkata juruaudit di kementerian kewangan telah menyelewengkan beratus ribu dolar ke dalam akaun-akaun bank peribadi mereka dan berkemungkinan wujud pakatan sulit dengan beberapa pegawai kanan Fatah.