Categories
Berita Semasa

Salah : Aqsa Dalam Bahaya.

Isnin, 25/08/2008 –Pemimpin Islam terkemuka di tanah penduduk Palestin yang diduduki sejak 1948, Sheikh Raed Salah pada Ahad lalu menyelar tindakan menutup yayasan Aqsa oleh polis Israel sambil menegaskan bahawa penutupan tersebut adalah menyalahi undang-undang.

Pihak berkuasa Israel mendakwa yayasan itu tidak dilesenkan, tetapi Salah menyangkal tuduhan-tuduhan itu serta menekan akibat penutupan yayasan itu menampakkan beberapa konspirasi Israel terhadap Masjid Aqsa termasuk bangunan sinagog bersebelahan dinding sebelah barat masjid dan menukarkan tanah perkuburan Rahmah di dinding sebelah timur sebagai sebuah taman awam.