Khamis, 28/08/2008 –Kementerian Kesihatan kerajaan Palestin telah memberi amaran bahawa kelewatan berterusan oleh pihak Israel di dalam membuka laluan Gaza akan membawa ancaman serius kepada nyawa pesakit-pesakit.
Di dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan Selasa lalu, Kementerian itu berkata mangsa kepungan telah meningkat walaupun perjanjian telah berlalu selama 78 hari, 46 pesakit Palestin juga telah meninggal dunia termasuk 10 kanak-kanak dan 14 wanita.
Kenyataan itu juga menyebut keadaan kesihatan di Semenanjung itu semakin hari semakin teruk dengan bekalan dan peralatan perubatan masih dihalang daripada masuk .