Khamis, 28/08/2008 –Kementerian Wakaf di Gaza telah memberi amaran Rabu lalu mengenai rancangan Israel untuk melancarkan peluru roket ke atas Masjid Aqsa di dalam bulan Ramadhan ini, disamping mendesak Kementerian luar Arab agar segera bersiap mempertahankan masjid suci itu.
Kementerian itu turut memanggil untuk diadakan sebuah perbincangan antarabangsa untuk memeriksa keganasan Israel terhadap masjid itu, termasuk kerja-kerja penggalian yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan penjajah Israel yang menyebabkan masjid itu berada di dalam keadaan berisiko.