Categories
Berita Semasa

Tawanan Palestin Makin Terseksa.

Khamis, 28/08/2008 –
Pusat kajian tahanan menuduh pihak berkuasa penjara Israel (IPA) kerana menyeksa tawanan-tawanan Palestin di penjara Israel sambil menegaskan ia telah merosakkan rekod dalam pelanggaran hak asasi manusia bagi tahanan-tahanan tersebut.

Pusat kajian itu memetik kenyataan bekas tawanan Palestin, Abu Ali Yatta yang mengesahkan IPA telah mengubah hidup tawanan-tawanan Palestin seperti neraka penuh seksaan dan terus menyeksa dan menambah lebih penderaan terhadap mereka setiap hari.

Yatta telah dibebaskan daripada penjara beberapa hari lepas setelah dia menghabiskan lebih 20 tahun dalam penjara Israel.