Laman Web HAMAS digodam !


Gaza, Selasa, 12/10/2004 – Laman web rasmi kumpulan perjuangan HAMAS (www.hamas.net) telah digodam oleh rejim Zionis buat sekian kalinya.

Para pengunjung tidak akan dapat untuk mengakses kepada laman tersebut, malah akan dibawa ke laman lucah yang sengaja diprogramkan oleh pihak rejim demi menutup laporan terkini dan benar dari bumi Gaza.

Tindakan seumpa itu bukanlah kali pertama dilakukan oleh pihak rejim. Sebelum ini laman web tersebut telah banyak kali digodam sedemikian rupa. Pihak HAMAS sedang berusaha untuk membaiki laluan ke laman web mereka demi mendedahkan kepada dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di utara Gaza.

Laman wen info Palestina milik COMES (Center for Middle Eastern Studies) yang berpusat di Indonesia juga sebelum ini sering digodam oleh pihak rejim. Satu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah pihak rejim melalui badan perisikan mereka, MOSAD memantau setiap laman web pro-Palestin yang beroperasi di seluruh dunia.

Laman web Palestinkini.info pun pernah mengalami masalah beberapa waktu dahulu yang dipercayai hasil dari godaman pihak rejim.