Rejim Zionis sengaja menghalang doktor memasuki Gaza.

Khamis, 09/10/2008 –Ahli Parlimen Jamal Al Khudari, ketua komite yang popular menentang penahanan, dengan tegasnya menyatakan pada Rabu lepas mengenai usaha menghalang delegasi perubatan dari memasuki kawasan yang di jajah di semenanjung Gaza dan menyatakan bahawa Israel sengaja mahu menghalang sebarang usaha bagi membantu penduduk Gaza.

Di dalam kenyataan akhbar yang di terima oleh PIC, Khudari berkata bahawa delegasi itu adalah dari pertubuhan doctor-doktor dari hak asasi manusia dan merancang untuk melakukan pembedahan dan menyediakan khidmat perubatan bagi pesakit.