Persidangan Palestin ke 7 di Itali tahun hadapan.

Khamis, 09/10/2008 – Persidangan sekretariat rakyat Palestin di Eropah mengumumkan persidangan tahunan ketujuh akan diadakan di Itali pada musim bunga tahun depan.

Pengumuman ini dibuat semasa majlis yang dianjurkan oleh himpunan penduduk Palestin di Milan, Itali dan tertumpu mengenai langkah-langkah untuk menambah aktiviti Palestin di Itali dan persediaan untuk persidangan berikutnya.

Acara tersebut telah dihadiri oleh tokoh terkemuka Eropah pro-Palestin, wakil-wakil pertubuhan dan kesatuan Palestin dan Arab.