UNRWA : Bantuan Segera Kepada Pelarian Palestin.

Jumaat, 10/10/2008 –Karen Abu Zayed, General Pesuruhjaya UNRWA, telah merayu kepada negara Arab untuk mendapatkan bantuan kecemasan bagi kira-kira 30,000 pelarian Palestin dimana rumah-rumah mereka telah dimusnahkan semasa pertempuran yang berlangsung tahun lalu di kem Nahr Al-Bared, utara Lebanon.

Semasa menandatangani satu perjanjian antara UNRWA dan OFID (tabung OPEC untuk pembangunan antarabangsa), AbuZayd menyeru penderma-penderma Arab untuk membantu UNRWA memberikan keperluan-keperluan secukupnya terhadap pelarian-pelarian ini yang telah menanggung kesengsaraan dan kehilangan lebih daripada kemampuan yang sanggup mereka hadapi.