Categories
Berita Semasa

Israel Gubal Undang-undang Tetapkan Hukuman Empat Tahun Penjara Atas Kesalahan
Membaling Batu

Rabu, 15-06-2022 – Sebuah akhbar Israel mendedahkan bahawa Jawatankuasa Menteri Israel bagi Hal Ehwal Perundangan akan bermesyuarat pada hari Ahad untuk membincangkan draf undang-undang yang memperuntukkan gandaan hukuman terhadap rakyat Palestin yang membaling batu ke arah tentera Israel atau peneroka Yahudi sehingga tempoh empat tahun penjara.

Akhbar Israel Hayom pada hari Khamis berkata ahli Knesset Kathrin Shitrit dari parti sayap kanan Likud telah merangka undang-undang itu. Hukuman semasa bagi mereka yang membaling batu adalah maksimum dua tahun penjara.

Menurut akhbar berkenaan, draf undang-undang itu adalah tambahan untuk menguji gabungan kerajaan yang rapuh, terutama bagi Menteri Dalam Negeri Ayelet Shaked, yang sebelum ini telah membentangkan draf serupa pada 2015 dan diluluskan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar