Hamas : Ada pihak bersekongkol dengan rejim Zionis ?

Rabu, 15/10/2008 –Jurucakap Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza telah mengecam pasukan keselamatan PA di Tebing Barat selepas mereka mengisytihar untuk mengorek sebuah terowong berdekatan dengan penempatan Israel sambil menegaskan akuan seperti itu sebagai bukti jelas peranan sebenar pihak keselamatan PA dalam melindungi pendudukan Israel dan para peneroka.

Dalam satu kenyataan yang dibuat di Gaza dan satu salinan diperolehi PIC, Abu Zuhri menekankan bahawa “Perisytiharan mengorek terowong merupakan sebahagian usaha-usaha pihak keselamatan PA untuk menghalang serangan ke atas rakyat Israel yang merupakan bukti jelas kesetiaan pasukan keselamatan PA terhadap penceroboh Israel”.