Remaja 17 tahun syahid Selasa lepas. Apa sudah jadi ?

Jumaat, 17/10/2008 –Askar-askar rejim Zionis petang Selasa lalu telah membunuh seorang budak lelaki berumur 17 tahun bernama Abdelqadir Badawi dan mencederakan dua rakannya semasa mereka berjalan berdekatan kem pelarian Jalazon, utara Ramallah.

Sumber penduduk tempatan Palestin melaporkan bahawa mangsa-mangsa sedang berjalan sepanjang jalan utama berdekatan penempatan Beit El dan kem pelarian Jalazon di kawasan mereka tinggal apabila askar-askar rejim Zionis dengan sengaja mula menembak mereka.

Askar-askar rejim Zionis pula mendakwa remaja-remaja Palestin itu sedang memegang Molotov koktail pada tangan mereka.