Pasukan Penjajah Israel Menangkap 5 Warga Tempatan di Hebron

Khamis, 23-06-2022 – Pasukan penjajah Zionis menangkap lima warga sivil Palestin di kampung al-Majaz di Masafer Yatta, selatan Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.

Penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Pertahanan Tanah, Fuad Amur mengatakan bahawa pasukan penjajah Israel menangkap para aktivis yang menentang pembinaan penempatan Yahudi.

Mereka yang ditangkap adalah Jalal Amur, Walid Dababsa, Amer Dababsa, Muhammad Dababsa dan Amin Hathalin, setelah kenderaan mereka ditahan di desa al-Majaz.

Pasukan penjajah Israel terus meningkatkan operasi mereka di Masafer Yatta di Hebron, termasuk menggeledah dan menyerahkan surat pemberitahuan pengusiran kepada penduduk Palestin.

Sebelumnya, pada Ahad petang, pasukan penjajah Israel menangkap lima warga Palestin dan menahan seorang bekas tawanan dari al-al-Quds serta menangkap seorang wanita yang berada di dalam Masjid al-Aqsha.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan penjajah Israel menangkap pemuda Palestin, Shadi Abu Sneina, ketika dia berada di kawasan “Gerbang Hatta”, salah satu gerbang Masjid al-Aqsha yang diberkati, dan menangkap dua pemuda lainnya.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman