Hamas seru tindakan antarabangsa hentikan penderitaan pelarian Palestin

Khamis, 23-06-2022 – Biro tindakan popular Pergerakan Hamas di Lubnan telah mengulangi hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah dan kawasan tempat mereka dipindahkan oleh pencerobohan Israel dan menggesa ketetapan antarabangsa yang jelas dan tegas dalam hal ini.

Dalam satu kenyataan pada hari Ahad, biro itu menggesa UNRWA supaya memikul tugas mereka sepenuhnya bagi menyediakan pembangunan dan perkhidmatan bantuan terbaik kepada pelarian Palestin, terutama dalam keadaan ekonomi dan sosial semasa yang sukar di seluruh dunia.

Biro itu memberi amaran terhadap sebarang langkah yang diambil oleh UNRWA yang akan menjejaskan hak pelarian Palestin, sama ada dengan mengecilkan perkhidmatannya, mewakilkan tugasnya kepada organisasi lain atau memanipulasi maklumat yang berkaitan dengan sejarah peribadi pelarian.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan