Askar Rejim Zionis membunuh seorang lagi penduduk Palestin di Jalazon.

Jumaat, 17/10/2008 –Askar Rejim Zionis di Tebing Barat telah membunuh seorang pemuda Palestin di kem pelarian Jalazon, dekat utara Ramallah, selepas dia menyertai satu upacara pengebumian seorang penduduk Palestin yang dibunuh lebih awal oleh Rejim Zionis di kem tersebut.

Menurut sumber, pemuda itu dikenali sebagai Mohammed Al-Ramahi, 20, Jalazon, telah menghadapi pendarahan yang agak teruk di dada selepas askar Rejim Zionis melepaskan satu tembakan kearah mereka yang hadir di upacara pengkebumian seorang penduduk Palestin bernama Abdelqadir Badawi.