PANAS !! Beribu penduduk haram Yahudi berarak ke BaitulMaqdis

Jumaat, 17/10/2008 –Beribu-ribu penduduk haram Yahudi berkumpul dan berarak ke Jerusalam dalam meraikan suatu perayaan Yahudi yang bertujuan melakukan provokasi. Tentera Israel hadir disitu dan memberi perlindungan kepada mereka.

Pertubuhan Wakaf & Warisan Aqsa memberitahu tentera Israel telah membuka sebuah kuil yahudi besar hanya 50 meter dari Masjid Al-Aqsa dan Tembok Buraq.

Kuil Yahudi itu bersambung dengan rangkaian terowong yang bertembung dengan sempadan masjid Al-Aqsa. Tentera Israel juga berhasrat untuk membuka pintu-pintu baru menuju ke kuil Yahudi itu melalui jalan-jalan di sekeliling tanah Wakaf Al-Aqsa.

Sheikh Azzam Al-Khatib, ketua pengarah pembiayaan Baitulmuqaddis mengecam tindakan provokatif ini yang mencapai kemuncak ketika perayaan Yahudi, menuduh askar-askar rejim Zionis mencetuskan situasi ini kerana sengaja membenarkan peneroka-peneroka memasuki Masjid Aqsa di bawah perlindungan mereka.