Hamas Memberi Amaran Terhadap Pencerobohan Masjid Suci Aqsa.

Isnin, 20/10/2008 –Pimpinan Hamas, Ismael Haniyah mengecam tindakan Yahudi ekstrim yang melakukan pencerobohan dan penghinaan terhadap tempat suci itu. Thahir Nunu yang juga merupakan wakil Haniya tindakan terbaru Yahudi-Zionis merupakan langkah pertama peperangan yang amat bahaya. Tindakan yang melampau itu merupakan sebahagian usaha Yahudisasi dan penguasaan terhadap al-Aqsa.

Tindakan itu juga merupakan strategi untuk mempercepatkan pembinaan terowong-terowong yang menggancam kekuatan dan kestabilan struktur asas masjid suci itu.

Yahudi-Zinonis turut mengotori dan menghina masjid al-Aqsa. Jika Yahudi-Zionis meneruskan tindakan sedemikian, rakyat Palestin akan bangkit dan berjuang menentang demi mempertahankan kesucian al-Aqsa. Mereka tidak akan berdiam diri jelan Nunu. Ismael Haniya turut menggesa seluruh bangsa Arab dan umat Islam untuk sedar dan bangkit menyelamatkan masjid al-Aqsa.