Hamas Ingatkan Keangkuhan Israel di Al-Quds.

Isnin, 20/10/2008 –Gerakan Pejuang Islam, Hamas menuding jari kepada pemerintahan penjajah Israel yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan tindakan sewenang-wenangnya penduduk yahudi terhadap masjid Al-Aqsa dan tindakan kejam terhadap warga Palestin. Hamas mengingatkan Israel bahawa mereka akan membayar kejahatannya dengan harga yang mahal.

Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum, Ahad (19/10) menegaskan bahawa apa yang terjadi di Al-Quds dan masjid Al-Aqsa yang bersamaan dengan kekerasan dan pengusiran warga di kota Akka membuktikan adanya rancangan jahat Israel yang bertujuan mengusir rakyat Palestin dari tanah air milik mereka kemudian menguasai sumber daya yang ada. Hal itu dilakukan Israel untuk persiapan proklamasi negara Yahudi yang perkauman dan ekstrim.

Barhum menambah bahawa berlanjutnya kekerasan semacam ini mengingatkan tentang Intifadhah Al-Aqsa Al-Mubarakah ketika warga Israel mengotori masjid Al-Aqsa dimana rakyat Palestin melakukan tindakan perlawanan demi menjaga kota Al-Quds dan masjid Al-Aqsa serta hak-hak rakyat Palestin.