Categories
Berita Semasa

Tiada Permit Utk Persidangan di Gaza.

Jumaat, 24/10/2008 –Rejim Zionis enggan mengeluarkan permit untuk para peserta antarabangsa bagi persidangan akademik mengenai kesan psikologi akibat pengepungan yang diadakan penghujung Oktober ini bertempat di bandar Gaza di bawah naungan Program Kesihatan Mental Komuniti Gaza (GCMHP).

Persidangan itu yang dicadangkan GCMHP untuk diadakan pada 27 dan 28 haribulan ini adalah kali kelima dan menyatakan tema “Pengepungan Dan Kesihatan Mental… Tembok vs Jambatan”.

Persidangan itu sepatutnya disertai kira-kira 120 peserta antarabangsa termasuk pakar-pakar kesihatan mental, aktivis-aktivis hak asasi manusia dan sejumlah tokoh terkemuka antarabangsa.