Categories
Berita Semasa

Hamas : Pemecatan Al-Tirawi Tidak Memberi Kesan.

Jumaat, 24/10/2008 –Pergerakan Hamas mendedahkan pemecatan ketua perisikan PA, Tawfiq Al-Tirawi sebagai cara untuk melakukan perubahan terhadap pasukan keselamatan adalah satu usaha untuk menarik perhatian dan menunjukkan reformasi pasukan ini hanya boleh dicapai melalui program rakyat dan bukan melalui promosi seperti ini.

Dalam satu kenyataan yang diterima PIC, Hamas menyatakan pemecatan ketua perisikan PA tidak memberi kesan apa-apa terhadap pembaharuan pasukan keselamatan kerana Al-Tirawi telah dianugerahkan dan dinaikkan pangkat ke jawatan yang lain.

Hamas juga menambah individu yang dilantik untuk menggantikan Tirawi berasal dari sekolah keselamatan yang sama dan peranannya dipercayai adalah melindungi keselamatan pendudukan Israel.