Categories
Berita Semasa

Hamas: Perjuangan Tidak Berhenti Sehingga Hapus Penjajahan

Khamis, 11-08-2022 – Pergerakan Hamas telah menggambarkan pertempuran selama tiga hari di Gaza sebagai “satu lagi pusingan penentangan yang berterusan dan sengit dengan penjajah Israel,” yang “tidak boleh berhenti tanpa pengusirannya dari Palestin.”

Dalam kenyataan akhbar pada hari Ahad, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata bahawa pusingan pertempuran ini membuktikan lagi bahawa “tiada pencerobohan atau penjajahan tanpa penentangan.”

Jurucakap Barhoum menambah bahawa pencerobohan Israel yang diperbaharui terhadap Gaza menunjukkan kepada dunia sekali lagi keburukan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai Israel yang telah dilakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Beliau menggariskan bahawa apa yang berlaku di Gaza mengesahkan bahawa normalisasi berurusan dengan penjajah dan usaha untuk mengintegrasikannya ke rantau itu menimbulkan bahaya besar kepada rakyat Palestin dan hak mereka.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada malam Ahad selepas pengantara Mesir berjaya menamatkan  pertempuran tiga hari penentangan Palestin dan penjajah Israel.

45 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam dan termasuk kanak-kanak, setakat ini telah terbunuh, dan angka kematian mungkin meningkat kerana ramai mengalami kecederaan serius.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Ameen