Categories
Berita Semasa

Haneyya hubungi pegawai Algeria, bincang pencerobohan Israel

Khamis, 11-08-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya pada hari Selasa menelefon Ketua Setiausaha Kementerian Luar Algeria, Chakib Kaid, dan memberi taklimat terperinci kepadanya mengenai pencerobohan Israel baru-baru ini di Semenanjung Gaza.

Haneyya memberi taklimat kepada Kaid mengenai jenayah Israel yang dilakukan semasa pencerobohan termasuk pembunuhan komander jihad Islam, selain membunuh lebih 40 orang awam Palestin di Semenanjung Gaza.  Beliau menambah bahawa Israel juga telah meningkatkan pencabulan terhadap rakyat Palestin dan tapak suci di Tebing Barat.

Beliau memuji kedudukan Algeria yang menyokong hak rakyat Palestin, dan menyeru Algeria mengaktifkan peranan diplomasi untuk menghadapi jenayah Israel yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan