Khamis, 30/10/2008 –Hamas menegaskan bahawa kedatangan kapal “Harapan†ke Gaza merupakan kemenangan bagi rakyat Palestin sekaligus memberi harapan bahawa mereka tidak sendirian menghadapi ancaman Zionis-Israel dalam usaha membuka laluan laut menuju ke Semenanjung Gaza.
Menurut Dr. Sami Abu Zuhri, Hamas berpendirian, “Kedatangan kapal ‘Harapan’ menambah kegigihan rakyat Palestin untuk terus menentang segalan ancaman Zionis-Israel, berpegang teguh pada pendirian politik dan hak-hak nasional dan keadilan dalam menghadapi keadaan politik yang penuh dengan provokasi.â€
Abu Zuhri menambah kedatangan kapal ini merupakan seruan baru kepada keputusan Arab dan Mesir untuk membuka sempadan Rafah yang memisahkan antara Mesir dan Palestin. Dia turut memaklumkan, “Sikap negara-negara Arab yang membisu dan berdiam diri terhadap isu genting di Gaza ini tidak menjadikan alasan untuk pihak barat mendahului tindakan ini”.
Abu Zuhri mengucapkan terima kasih dan penghormatan kepada semua aktivis bangsa yang tiba dari Eropah menggunakan kapal. Beliau turut berbangga kerana terdapat penglibatan beberapa rakyat Palestin yang menetap di luar Palestin turut serta dalam kapal “Harapan” ini.