Categories
Berita Semasa

Muslihat Terbaru Abbas ?

Rabu, 29/10/2008 –Dr. Moussa Abu Marzouk, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Selasa lalu berkata terdapat rancangan yang dilaksanakan dengan teliti di Tebing Barat bertujuan untuk menjamin kawalan pasukan keselamatan PA di kawasan berbeza di Tebing Barat dan membolehkan mereka menyelesaikan apa gagal dilakukan oleh askar-askar rejim Zionis di sana.

Dalam satu kenyataan eksklusif untuk PIC, Dr. Abu Marzouk menyatakan kempen yang dilaksanakan oleh ketua pasukan keselamatan PA, Mahmoud Abbas di bandar Al-Khalil dua hari lepas adalah sebahagian rancangan-rancangan keselamatan yang dijalankannya di Tebing Barat.

Pemimpin Hamas menyatakan pasukan keselamatan PA di pelbagai kawasan di Tebing Barat tidak dibenarkan menganggu tentera Israel yang masuk untuk membunuh atau menangkap penduduk Palestin.