Categories
Berita Semasa

Haniyah Bebaskan Semua Tahanan Politik di Gaza.

Sabtu, 01/11/2008 –
PM Palestin, Ismail Haniyah membuat keputusan untuk membebaskan semua tahanan politik sebagai langkah mewujudkan suasana aman bagi menjayakan dialog nasional Palestin di Kaherah pada 9 November akan datang.

Perkara tersebut disampaikan Haniyah dalam satu majlis di Gaza, Khamis (30/10). Beliau mengatakan, “Sebahagian perhatian kami adalah mewujudkan suasana aman dan tenang bagi menjayakan dialog sekaligus menyahut seruan yang baik, maka saya hadiahkan kepada bangsa Palestin pembebasan semua tahanan politik di Semenanjung Gaza.”

Haniyah menyeru agar pihar autoriti Palestin di Ramallah agar turut membebaskan semua tahanan politik di Tebing Barat.