Isnin, 03/11/2008 –Dr. Ahmed Bahr, wakil PLC, bertegas menentang Mesir kerana bertindak melarang delegasi PLC daripada menggunakan sempadan Rafah dengan tujuan untuk menziarahi beberapa negara Arab dan negara-negara lain.
Tujuan delegasi PLC ini adalah untuk menyampaikan jemputan menghadiri sidang parlimen Palestin. Beliau menyatakan bahawa pihak PLC menerima jemputan menghadiri sidang parlimen di peringkat antarabangsa tetapi dinafikan oleh Mesir dengan menutup laluan.
Dalam sidang media, Dr. Bahr memberi amaran bahawa tindakan Mesir yang tidak bermaruah itu akan menjejaskan dialog berkaitan rakyat Palestin dan rundingan tawanan tentera Zinois-Israel, Gilad Shalit.
Wakil lain PLC Dr. Amr Moussa, meminta negara-negara Arab lain agar berhubung dengan Mesir dan menghentikan tindakan Mesir itu. Mesir juga telah melarang seramai 53 pembuat undang-undang dari memasuki Gaza melalu sempadan Rafah itu