
Jumaat, 26-08-2022 –Timbalan Pengarah Majlis Wakaf Islam Baitulmuqaddis, Sheikh Najeh Bakirat, pada hari Isnin menegaskan bahawa penduduk Baitulmuqaddis akan tetap tabah walaupun Israel berulang kali melanggar hak mereka ke atas kediaman dan pendidikan.
“Salah satu sebab terpenting bagi ketabahan penduduk Baitulmuqaddis adalah perpaduan mereka semasa menentang jenayah rejim Israel,” kata Sheikh Bakirat dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa penentangan adalah satu-satunya cara untuk mencapai kemenangan.
Sheikh Bakirat mengesahkan bahawa jenayah kejam membakar masjid Al-Aqsa 53 tahun lalu, selain menjadi punca kesedihan rakyat Palestin, akan kekal sebagai bukti keganasan kumpulan pelampau Zionis dan serangan yang tidak berkesudahan terhadap tapak suci itu.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan