
Jumaat, 26-08-2022 – Ketua Parlimen Jordan, Abdul Karim al-Dagmi menegaskan kepentingan peranan Jordan terhadap tempat suci Islam dan Kristian di kota Al-Quds.
Dalam sidang parlimen pertama minggu ini, Isnin(22/8) al-Dagmi menyatakan kepentingan peranan Jordan dalam memelihara tempat suci Islam dan Kristian di kota Al-Quds dalam rangka mengingati pembakaran Masjid al- Aqsa ke 53.
Sebelum itu, al-Dagmi menegaskan sikap Raja Jordan, Abdullah al-Thani, bahawa melindungi Al-Quds akan tetap menjadi prioriti Jordan.
Ketua Parlimen Jordan menegaskan perlunya menghormati status sejarah dan undang-undang Masjid al-Aqsa dan menghentikan semua proses tidak sah dan provokatif yang menganggu kedudukan ini dan menyebabkan keadaan semakin rumit.
Seorang ekstimis Yahudi Michael Denis Rohen membakar Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969. Api merembak hingga membakar mimbar Sholahudin, mihrab tempat imam dan bangunan masjid di bahagian timur.
Hingga kini penjajah zionis terus berusaha menguasai Masjid al-Aqsa dengan mengizinkan kelompok Yahudi untuk memasukinya dalam dua waktu pagi dan siang.
sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman