Categories
Berita Semasa

Abu Hamid batal serah petisyen pengampunan

Khamis, 15-09-2022 – Banduan Palestin yang diserang barah, Nasser Abu Hamid telah menolak cadangan peguamnya untuk mengemukakan petisyen pengampunan kepada presiden Israel untuk membebaskannya.

“Cadangan ini dibuat selepas semua prosedur undang-undang yang ada untuk membebaskan Abu Hamid telah habis digunakan,” kata ketua Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Qaddoura Faris dalam ucapannya pada sidang mingguan yang diadakan pada hari Selasa di pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di bandar Al-Bireh, Tebing Barat.

Faris menambah bahawa pentadbiran penjara Israel menolak saranan perubatan baru-baru ini yang dinyatakan oleh hospital Israel Assaf Harofeh untuk membebaskan Abu Hamid bagi mendapatkan rawatan yang diperlukannya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan