
Khamis, 15-09-2022 – Delegasi peringkat tertinggi Gerakan Hamas bertemu dengan pegawai Rusia di Moscow sebagai sebahagian daripada lawatan semasa ke negara itu pada hari Selasa.
Dalam satu kenyataan ringkas, Gerakan itu berkata delegasi kanan Hamas yang diketuai oleh pengerusi biro politiknya Ismail Haneyya, bertemu dengan Leonid Slutsky, Pengerusi Jawatankuasa Duma Negeri Rusia bagi Hal Ehwal Antarabangsa, dan Grigory Karasin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri Majlis Persekutuan Rusia di Moscow.
Isu Palestin dan perkembangan serantau dan antarabangsa telah dibincangkan pada pertemuan itu, tambah kenyataan berkenaan.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar